Saturday, 30 August 2014

Sejarah Penubuhan Tadika

Ditubuhkan pada tahun 2012 dengan bilangan pelajar seramai 30 kanak-kanak serta 3 guru. Perkembangannya semakin meningkat pada 2013 dengan bilangan pelajar seramai 80 kanak-kanak serta 4 guru, 1 penyelia, 1 tukang masak dan 1 tukang kebun.

Pada 2013 kami telah menambah matapelajaran teras dan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menarik bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran disamping memperbanyakkan aktiviti rohani untuk kanak-kanak.

Sambutan dan sokongan yang berterusan dan menggalakkan dari ibubapa membuatkan kami meneruskan program-program yang menarik dan berkualiti ini.
Pendaftaran masih dibuka bagi sesi 2014/2015
- 5 tahun
- 6 tahun

Pendaftaran Awal akan mendapat potongan 10% dari bulan September - November 2014


Tuesday, 19 August 2014

Laman Utama

Tadika Khalifah Bestari telah ditubuhkan pada 1hb Januari 2014 di no 13 Jalan Shah Jazan, Bertam Perdana 3, Kepala Batas. 
Kami menyediakan Pendidikan Prasekolah untuk kanak-kanak berumur 5-6 tahun, dengan menawarkan sistem pendidikan yang menggabungkan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dan kurikulum kami sendiri iaitu Kurikulum Bersepadu Tadika Khalifah Bestari yang menekankan amalan Islami di dalam kehidupan seharian. Kami juga menawarkan 2 aliran, iaitu  aliran Bahasa Melayu dan aliran Bahasa Ingggeris. Anak-anak anda akan mendapat pengalaman yang menggembirakan bersama kami melalui pendekatan ‘belajar melalui bermain’.
Pembelajaran tidak terhad di tadika sahaja, mereka juga akan dibawa meneroka alam sekitar melalui lawatan-lawatan bertema. Di samping itu adab-adab Islam sentiasa diamal secara praktikal. Alhamdulillah sejak ditubuhkan, Tadika Khalifah Bestari dapat melahirkan anak-anak yang cemerlang dari sudut akademik dan penghayatan Islam.