Kami menyediakan Pendidikan Prasekolah untuk kanak-kanak berumur 5-6 tahun, dengan menawarkan sistem pendidikan yang menggabungkan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dan kurikulum kami sendiri iaitu Kurikulum Bersepadu Tadika Khalifah Bestari yang menekankan amalan Islami di dalam kehidupan seharian. Kami juga menawarkan 2 aliran, iaitu aliran Bahasa Melayu dan aliran Bahasa Ingggeris. Anak-anak anda akan mendapat pengalaman yang menggembirakan bersama kami melalui pendekatan ‘belajar melalui bermain’.
Pembelajaran tidak terhad di tadika sahaja, mereka juga akan dibawa meneroka alam sekitar melalui lawatan-lawatan bertema. Di samping itu adab-adab Islam sentiasa diamal secara praktikal. Alhamdulillah sejak ditubuhkan, Tadika Khalifah Bestari dapat melahirkan anak-anak yang cemerlang dari sudut akademik dan penghayatan Islam.
No comments:
Post a Comment